Laksana PdPR bagi murid terjejas banjir - Utusan Malaysia

Laksana PdPR bagi murid terjejas banjir

PdPR banjir
FADHLINA Sidek melihat murid mencuba alatan sains yang terdapat dalam Pusat Kegiatan Guru (PKHG) Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kepada murid di seluruh negara yang tidak dapat ke sekolah akibat banjir di kawasan kediaman mereka.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah tersebut bagi membolehkan pembelajaran murid berkenaan dapat diteruskan dalam apa jua sekalipun, sekaligus pengajian mereka tidak ketinggalan dengan murid lain.

“Murid yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan mengikuti pembelajaran secara atas talian yang akan dibuat oleh guru mereka.

“Jadi, banjir bukan lagi penghalang bagi anak-anak meneruskan pembelajaran mereka. KPM sentiasa bersedia membantu mereka untuk sebarang keadaan sekalipun,” katanya selepas menghadiri program Powering Knowledge Steam Hub, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan KPM akan melaksanakan PdPR kepada murid terjejas banjir di Kedah, Pulau dan Perak yang telah berlarutan selama lima hari.

Selain PdPR, kata Fadhlina, KPM turut menubuhkan dua pasukan, iaitu pasukan Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) untuk membantu memberikan bantuan psikososial dan kaunseling kepada murid di pusat berkenaan.

“Ahli SST dan AST terdiri daripada guru serta staf KPM yang mempunyai kepakaran dalam aspek psikososial dan kaunseling untuk membantu murid-murid ini.

“Selain bantuan, mereka akan memastikan murid melakukan PdPR yang dibuat guru mereka di PPS yang mereka berada,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN