Lagi peserta Himpunan RX-Z Members 6.0 maut kemalangan - Utusan Malaysia

Lagi peserta Himpunan RX-Z Members 6.0 maut kemalangan

KEADAAN mayat Ahmad Amir Muhamad yang maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 379.5, LPT2 dekat Ajill, Hulu Terengganu, hari ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang peserta program Himpunan RXZ Members 6.0 maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 379.5, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajill, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Ahmad Amir Muhamad, 29, dari
Felda Seroja Jengka 18, Temerloh, Pahang meninggal dunia di lokasi setelah alami kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu menuju ke rumah selepas selesai menyertai program perhimpunan tersebut.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa memotong sebuah lori menggunakan lorong kecemasan lalu kemudiannya telah bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha RX-Z lain yang berhenti di lorong tersebut.

“”Aklibatnya, mangsa terjatuh di atas jalan raya dan terseret masuk ke bahagian bawah lori. Mangsa yang bekerja sebagai buruh disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat manakala pemandu lori dan seorang lagi penunggang motosikal tidak alami kecederaan.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya