Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Universiti Beijing

Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Universiti Beijing

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan bersalaman tetamu semasa berangkat ke Majlis Santapan bersama diaspora Malaysia di China World Summit Wing Hotel, Beijing, semalam. - FOTO/FB SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan majlis penamaan Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU) sebagai ‘Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim’.

Penamaan itu bersempena ulang tahun ke-50 hubung diplomatik Malaysia dan China.

BFSU merupakan universiti pertama menawarkan kursus bahasa Melayu di China pada tahun 1962, dengan mendiang Profesor Wu Zongyu sebagai perintis.

Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di BFSU adalah Kursi Akademik keempat yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), di samping Kursi Pengajian Melayu di negara lain.

Antaranya, Universiti Ohio di Amerika Syarikat (AS), Leiden University Belanda, Universiti Victoria New Zealand dan Hankuk University of Foreign Studies di Korea Selatan.

Dalam majlis itu, turut mengiringi Seri Paduka Baginda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim yang berlangsung di China World Summit Wing Hotel, Beijing.

Majlis tersebut turut disertai oleh 300 rakyat Malaysia daripada warga kedutaan Malaysia di China, siswazah serta pemastautin.

Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong disambut Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Pengiring, Anthony Loke; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya