KSU KKR tinjau jalan rosak di Pelabuhan Klang - Utusan Malaysia

KSU KKR tinjau jalan rosak di Pelabuhan Klang

Jalan rosak
AZMAN Ibrahim (kiri) bersama Azmizam Zaman Huri dan pegawai KKR serta JKR meninjau jalan raya di Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jalan raya yang menghubungkan Jambatan Kurau dengan Bandar Sultan Suleiman, di Pelabuhan Klang itu dikenal pasti mengalami kerosakan pada ‘pavement’ dan ‘slab’ konkrit sehingga menyebabkan air bertakung.

Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam kenyataannya berkata, kerosakan tersebut berlaku dekat ‘Junction 8’ laluan berkenaan seperti dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri, semalam

“Ketua Setiausaha(KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Azman Ibrahim turun padang melihat sendiri lokasi jalan rosak di Junction 8 selepas Jambatan Kurau yang tular dalam media sosial.

“Kontraktor akan melaksanakan kerja pembaikan sementara menggunakan ‘hot mix’ di kawasan ‘pavement’ dan kerja konkrit di kawasan Junction 8 mengikut skop kontrak,” katanya, hari ini.

Tambahnya, Azman bagaimanapun menggesa supaya pihak berwajib melaksanakan kerja-kerja pembaikan di kawasan Junction 8 dengan kadar segera.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Azmizam menerusi akaun TikToknya memberi arahan kepada Ketua Pengarah JKR Malaysia, Datuk Roslan Ismail dan semua pegawai JKR yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan segera isu tersebut.

Beliau memberi tempoh seminggu kepada pihak JKR untuk membaik pulih jalan raya yang pecah dan berlubang dari arah Jambatan Selat menghala Bandar Sultan Sulaiman atau berdepan dengan mogok oleh pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, Azmizam memberitahu, beliau berharap lawatan KKR akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera bagi mengatasi kesesakan yang kerap berlaku akibat kerosakan jalan.

“Terima kasih kepada KSU KKR kerana respon kepada aduan saya semalam.Beliau menghubungi saya dan hadir ke lokasi tapak aduan bersama-sama dengan saya pukul 3 petang tadi sambil dihadiri juga oleh pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN