KSN sampaikan amanat sulung esok

KSN sampaikan amanat sulung esok

SHAMSUL AZRI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar akan menyampaikan amanat sulungnya dengan tema ‘Reformasi Perkhidmatan Awam’.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan, amanat khas itu akan disampaikan Shamsul Azri pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN Tahun 2024 di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri di Putrajaya, bermula 2.30 petang.

“Apakah yang dimaksudkan dengan reformasi perkhidmatan awam? Sokongan seluruh pegawai awam dalam merealisasikan hala tuju reformasi perkhidmatan awam amat dihargai,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, Shamsul Azri dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu berkuat kuasa 12 Ogos lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Tan Sri Mohd. Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos.

Shamsul Azri, 55, bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari University of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN