KSN ketuai 116 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat

KSN ketuai 116 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024

SHAMSUL Azri Abu Bakar ketika menerima selempang dan pingat oleh Sultan Ibrahim yang membawa gelaran Tan Sri bersempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda. - FACEBOOK RASMI RTM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengetuai 116 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menyusuli Shamsul Azri yang menerima Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Selain itu, penerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri bagi perkhidmatan awam diketuai Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.

Bagi penerima perkhidmatan Swasta, Persatuan, Sukarelawan dan Sukan pula ialah Pengerusi Kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, Datuk Mohd. Nasir Ahmad.

Sejumlah sembilan penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 yang membawa gelaran Tan Sri.

Bagi yang membawa gelaran Datuk menerusi Panglima Jasa Negara (PJN) adalah seramai lima orang diikuti dengan Panglima Setia Diraja (PSD) dengan hanya seorang penerima menjadikan enam secara keseluruhan.

Pingat Pangkuan Negara merupakan jumlah penerima tertinggi iaitu sebanyak 42 penerima, diikuti Ahli Mangku Negara (24 penerima), Kesatria Mangku Negara (14 penerima), Bentara Setia Diraja (10 penerima), Johan Setia Diraja (empat penerima), Johan Mangku Negara (tiga penerima), dan Kesatria Setia Diraja (dua penerima).

Manakala bagi Pingat Johan Setia Diraja dan pingat Jasa Perkasa Persekutuan masing-masing dikurniakan hanya kepada satu penerima.

Secara keseluruhannya, seramai 116 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 bersempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan Sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN