Kronos dominasi pentas akhir kejohanan bola sepak bawah 12 tahun

Kronos dominasi pentas akhir kejohanan bola sepak bawah 12 tahun

PEMAIN-PEMAIN dan jurulatih Kronos Malaysia serta Kronos Tranung Soccer Academy (KTSA) bergambar bersama selepas mendominasi Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Bawah Usia 12 tahun anjuran Kelab Akademi Bola Sepak Gerak Lian FC di Padang Bola Sepak Kampung Temiang, Marang, Terengganu, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUA pasukan di bawah kendalian Kronos iaitu Kronos Malaysia dan Kronos Tranung Soccer Academy (KTSA) mengungguli pentas akhir Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Bawah Usia 12 tahun di Padang Bola Sepak Kampung Temiang, Marang, Terengganu, kelmarin.

Sebanyak 10 pasukan menyertai kejohanan anjuran Kelab Akademi Bola Sepak Gerak Lian FC itu. Momentum kemenangan berkenaan diharap menjadi pembakar semangat kepada pemain kedua-dua pasukan dan ibu bapa untuk terus menjalani latihan serta memberi sokongan terhadap pembangunan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.

Penyertaan dalam kejohanan itu juga adalah antara usaha berterusan untuk memberi pendedahan kepada suasana perlawanan sebenar dan minit permainan khususnya kepada pelatih-pelatih KTSA.

Pengurusan Kronos Terengganu turut menganjurkan Kronos Tranung League melibatkan penyertaan kelab-kelab dan akademi bola sepak bagi pasukan di bawah usia 10 tahun serta 12 tahun sebagai pentas menimba pengalaman ke arah pembentukan bakat pelatih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN