KPT bakal anjur Festival Idea tonjol kehebatan universiti negara

KPT bakal anjur Festival Idea tonjol kehebatan universiti negara

ZAMBRY Abd Kadir (tiga,kanan) merasmikan buku bertajuk "The New Crusades Islamophobia and The Global War On Muslims" pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan September Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Zaaba di sini, hari ini. Turut kelihatan penulis buku yang juga penceramah khas Prof Dr Khaled A. Beydoun (tiga,kiri). FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA - AMREE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhasrat menganjurkan Festival Idea yang bakal menonjolkan kehebatan ciptaan dan karya kesemua universiti di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, program yang dicadangkan sebagai acara tahunan itu pada dasarnya dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu kertas Kabinet bakal dibentangkan dalam masa terdekat.

Katanya, festival berkenaan dicadangkan berlangsung selama seminggu pada November depan di Putrajaya dengan sasaran awal 500,000 pengunjung.

“Maklumat terperinci mengenai acara ini akan saya umum setelah dapat keputusan dari Kabinet nanti dan diikuti sesi prapelancaran mungkin pada hujung Oktober depan,” jelasnya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPT di sini hari ini.

Zambry berkata, penganjuran program tersebut adalah berdasarkan pengalaman acara tahunan yang serupa oleh pelbagai universiti ternama di dunia antaranya Oxford, Harvard dan Cambridge.

Menerusi festival berkenaan, tambah Zambry, KPT berhasrat ‘merakyatkan’ imej institusi pengajian tinggi tempatan agar terbuka dan dekat dengan orang awam dan lebih bersifat inklusif.

“Masyarakat luar bukan sahaja dapat tahu pelbagai penemuan dan hasil idea universiti, malah melonjakkan nama ‘anak Malaysia’ yang meneroka perkara unik tersebut,” jelas beliau.

Ditanya mengenai Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan Anwar pada 18 Oktober depan, beliau berharap, KPT diberikan peruntukan untuk memfokuskan pengantarabangsaan universiti.

Justeru, beliau menjangkakan dana lebih besar untuk penambahbaikan segala fasiliti di universiti awam terutamanya dalam aspek penyelidikan dan pembangunan komersial termasuk tumpuan beberapa bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI) agar Malaysia tidak ketinggalan dengan arus kemajuan antarabangsa.

KPT ketika Belanjawan 2024 yang dibentangkan tahun lepas, menerima peruntukan berjumlah RM16.3 bilion, meningkat sebanyak 6.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya