KPKT akan perkenal sistem Lampu Isyarat nilai prestasi PBT

KPKT akan perkenal sistem Lampu Isyarat nilai prestasi PBT

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkenalkan sistem penilaian ‘lampu trafik’ bagi menilai prestasi 156 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bermula tahun depan.

Menterinya, Nga Kor Ming mengumumkan perkara itu semasa program Sentuhan Kasih KPKT bersama masyarakat Tionghua, di sini hari ini.

Beliau berkata, sistem penilaian itu dijangka membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan awam yang disediakan oleh PBT di seluruh negara.

“Kesemua 156 pihak berkuasa tempatan akan diwajibkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tertentu, termasuk kajian kebolehlaksanaan untuk mencegah projek yang tidak efisien dan analisis manfaat kos untuk mengoptimumkan perbelanjaan,” katanya.

Kor Ming berkata, di bawah sistem penilaian tersebut, PBT akan dikategorikan mengikut prestasi iaitu lampu hijau bagi PBT berprestasi tinggi, layak untuk tambahan pembiayaan; lampu kuning tanda amaran dan peruntukan pembiayaan akan dikaji semula; manakala, lampu merah bagi PBT yang menunjukkan prestasi lemah dan boleh menyebabkan permohonan pembiayaan ditolak.

Dalam program sentuhan kasih itu, beliau turut meluluskan peruntukan berjumlah RM13.17 juta bagi pembangunan prasarana awam di daerah ini.

Peruntukan tersebut diberikan bagi menambah baik dan membina baharu prasarana awam yang berada di bawah kendalian kementeriannya termasuk tandas awam, sistem perparitan dan pencahayaan serta pasar awam.

Peruntukan itu diberikan dalam dalam meneruskan usaha dan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, kementeriannya juga akan melihat kemungkinan untuk mentransformasikan tapak pelupusan di negeri ini sebagai taman rekreasi seperti yang dilaksanakan di Johor pada minggu lalu.

“Kita perkenalkan model baharu ini untuk menjadikan tapak pelupusan sampah lebih lestari. Bayangkan tapak yang dahulunya sangat kotor dan berbau boleh ditransform sebagai taman lestari.

“Pada masa sama, tapak pelupusan sampah juga berpotensi untuk menjana tenaga solar kerana biasanya tapak pelupusan sampah berkeluasan 20 hektar. Jika kita akan melihat kesesuaian sama ada menjadikan tapak pelupusan itu sebagai taman rekreasi awam mahupun taman penjagaan tenaga solar,” katanya.

Hadir sama pada program tersebut adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe dan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Wira M Noor Azman Taib. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya