KPDN ‘serbu’ 19 kedai runcit di Kampung Segambut

KPDN ‘serbu’ 19 kedai runcit di Kampung Segambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 kompaun pelbagai kesalahan dikeluarkan Kementerian Perdagangsn Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur dalam pemeriksaan Op Viral di Kampung Segambut di sini hari ini.

Operasi membabitkan seramai 60 anggota KPDN Kuala Lumpur bersama KPDN Putrajaya dan Selangor hasil daripada aduan orang awam.

Difahamkan, operasi tersebut dijalankan ekoran satu video tular di Tiktok mendakwa kebanjiran premis perniagaan ‘warga asing’ di kawasan berkenaan tidak diambil tindakan oleh penguat kuasa.

Melalui pemeriksaan, ada antara premis dikesan tidak mempunyai lesen menjual barangan kawalan selain menjual barangan melebihi harga kawalan, beroperasi dengan lesen tamat tempoh dan tiada tanda harga.

Timbalan Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md. Anuar berkata, pemeriksaan membabitkan sebanyak 19 kedai runcit di Kampung Segambut Dalam di sini.

Katanya, sebanyak 11 kompuan diambil melibatkan pelbagai jenis kesalahan seperti tiada tanda harga, alat timbang yang tidak ditentusahkan dan menjual.

“Jumlah sitaan bagi kesemua kedai runcit dianggarkan bernilai RM3,300.

“Peniaga juga dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723) kerana menjual harga terkawal melebihi harga ditetapkan oleh pengawal harga.

“Selain itu, kes disiasat di bawa Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menjual gas petroleum cecair (LPG) secara runcit tanpa lesen yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, rata- rata peniaga menjual barang keperluan harian dan semakan semakan mendapati premis adalah milik warga tempatan berdasarkan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bagaimanapun, pelanggan adalah warga asing yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan namun ada premis yang telah tamat tempoh dan diuruskan warga asing,” katanya

Beliau turut memberi amaran kepada peniaga agar tidak menjual barang kawalan melebihi harga ditetapkan kerajaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN