Kota Setar kembali digenangi air, mangsa banjir 1,372 orang di Kedah - Utusan Malaysia

Kota Setar kembali digenangi air, mangsa banjir 1,372 orang di Kedah

BOMBA memindahkan penduduk yang terperangkap dalam banjir kali kedua di Kampung Bukit, Derang di Pokok Sena. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini kembali menjadi 1,372 orang apabila tiga daerah yang pulih daripada bencana itu sebelum ini dinaiki semula air.

Sehingga pukul 8 pagi ini, Kota Setar menjadi daerah ketiga kembali dilanda banjir apabila 354 orang daripada 111 keluarga ditempatkan di tiga PPS yang diaktifkan.

Ianya berikutan Kampung Alor Gunung dan Kampung Alor Merah dinaiki semula air dengan kesemua mangsa kini berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah; SMK Kepala Batas dan SK Titi Gajah.

Manakala, mangsa di Pokok Sena turut meningkat daripada 507 orang setakat petang semalam kepada 734 orang pagi ini yang kini ditempatkan di lima PPS sekitar daerah itu.

Dua kampung di Mukim Derang yang terjejas adalah Kampung Bukit dan Kampung Menerong dengan Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang; Dewan Serbaguna Pokok Sena; SK Bukit Hijau; Dewan Masjid Kampung Baru dan Surau Kampung Keda dijadikan PPS.

Sementara di Kubang Pasu pula, 284 penduduk daripada 98 keluarga kini berlindung di tiga PPS iaitu SMK Changlun; SK Darul Aman dan Dewan PPK Lubuk Batu setelah 13 kampung di daerah itu digenangi air.

Difahamkan, banjir yang berulang dalam tempoh kurang dua minggu itu disebabkan faktor limpahan air dari bahagian hulu di Kuala Nerang, Padang Terap yang mengalami banjir kilat kelmarin.

Bagaimanapun, banjir di daerah berkenaan telah pulih sepenuhnya setakat ini yang turut meragut nyawa dua beranak di Kampung Tanjung Kanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN