Kota Kemuning dilanda banjir kilat

Kota Kemuning dilanda banjir kilat

KEADAAN banjir kilat di sekitar Jalan Sungai Merbau, Kota Kemuning, Shah Alam, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hujan lebat berterusan selama beberapa jam mengakibatkan kawasan di sekitar Jalan Sungai Merbau, Kota Kemuning di sini, dilanda banjir kilat hari ini.

Kejadian bermula kira-kira pukul 2.30 petang itu menjejaskan penduduk apabila kediaman dinaiki air sedalam 0.6 meter.

Namun, tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan setakat ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata,
pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 2.56 petang.

Jelas beliau, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan dikerah dalam operasi pemantauan berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati hujan lebat menyebabkan kawasan itu dinaiki air sehingga paras betis.

“Situasi bagaimanapun terkawal dan paras air semakin surut. Tiada pemindahan mangsa dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Ahmad Mukhlis, pihaknya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan akan menjalankan pemantauan berterusan di lokasi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya