Kontena bawa aiskrim diarah patah balik kerana tiada permit import

Kontena bawa aiskrim diarah patah balik kerana tiada permit import

SEORANG anggota penguatkuasa Maqis Pulau Pinang memeriksa kontena berisi aiskrim dari Taiwan yang tidak memiliki permit import yang sah di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Sebuah kontena dagangan berisi aiskrim seberat 3,772.78 kilogram (kg) dari negara Taiwan diarah supaya berpatah balik ke negara asal oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang, hari ini.

Jurucakap Maqis negeri berkata, kesemua dagangan yang dianggarkan bernilai RM355,874.59 itu bagaimanapun ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke dalam negara buat masa ini.

Katanya, hal ini demikian kerana, pemeriksaan rutin yang dijalankan mendapati, barang dagangan itu tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.

“Perbuatan mengimport produk berasaskan haiwan tanpa permit yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta sama.

“Sabit kesalahan, individu berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, pemain industri turut diingatkan supaya sentiasa merujuk dan mematuhi syarat-syarat perdagangan import dan eskport negara.

“Sebarang perbuatan yang tidak mematuhi syarat adalah menjadi suatu kesalahan dan tindakan tegas akan dikenakan,” ujar beliau.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya