Konsert Search Symphonic lakar sejarah tersendiri - Utusan Malaysia

Konsert Search Symphonic lakar sejarah tersendiri

KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2024 - Konsert Search Symphonic yang berlansung di Megastar Arena di sini, malam ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI/Pemberita; AMIRUL (UTUSAN), HAIKAL RAMLI (KOSMO)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak hanya tampil berempat seperti selalu, Search kali ini melakar sejarah tersendiri apabila berkongsi pentas bersama 27 pemuzik orkestra sepanjang Konsert Search Symphonic Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Mega Star Arena, Sabtu lalu.

Sentuhan magis daripada orkestra yang disatukan bersama elemen rock di bawah pimpinan Datuk Mokhzani Ismail berjaya memukau ribuan penonton yang hadir pada malam itu.

Vokalis Search, Datuk Amy mengucapkan terima kasih kepada peminat setia mereka yang hadir dari pelbagai destinasi kerana turut sama menjayakan konsert yang digelar seperti sebuah perlayaran baharu mereka itu.

KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2024 – Konsert Search Symphonic yang berlansung di Megastar Arena di sini, malam ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI/Pemberita; AMIRUL (UTUSAN), HAIKAL RAMLI (KOSMO)

“Banyak-banyak terima kasih kepada anda semua yang datang untuk sama-sama melayari perlayaran epik ini.

“Sama-sama kita berlayar. Kita akan teruskan berlayar di masa akan datang,” katanya.

Di pentas itu juga, Amy turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur, Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM).

“Terima kasih kepada penganjur yang beri kepercayaan dan menjadikan ini satu perlayaran terbaharu kami,” ujarnya lagi.

Search yang turut dianggotai Nasir (bass), Hillary Ang (gitar) dan Man Kidal (gitar) mempersembahkan lebih 20 lagu popular mereka sepanjang zaman.

KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2024 – Konsert Search Symphonic yang berlansung di Megastar Arena di sini, malam ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI/Pemberita; AMIRUL (UTUSAN), HAIKAL RAMLI (KOSMO)

Antaranya Isabella, Fantasia Bulan Madu, Rozana dan banyak lagi. Semua lagu itu mendapat sentuhan nafas baharu oleh penyusun muzik antarabangsa dari Jepun, Rie Tsuji.

Sementara itu, atas keprihatinan pihak penganjur dan pihak produksi, sebahagian dari setiap jualan tiket bagi konsert ini telah disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia bagi membantu artis-artis yang memerlukan.

Hasil kutipan sumbangan berjumlah RM5,000 disampaikan setelah konsert itu tamat.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya