Kolaborasi sulung Paris Hilton, Sia dalam Infinite Icon - Utusan Malaysia

Kolaborasi sulung Paris Hilton, Sia dalam Infinite Icon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Selepas menerbitkan album Paris hampir dua dekad lalu, selebriti antarabangsa, Paris Hilton kini muncul dengan album baharu. Album yang dinamakan Infinite Icon itu mula dilancarkan semalam.

Paris, dalam wawancara yang diadakan baru-baru ini memaklumkan album berkenaan membawa makna penting sepanjang perjalanan kariernya dalam bidang muzik.

“Album pertama saya menceritakan tentang kehidupan usia remaja, yang pada waktu itu hanya mencari keseronokan.

“Tapi album terbaru ini membawa makna yang lebih mendalam, menceritakan perjalanan hidup saya sekarang sebagai seorang wanita yang matang,” katanya.

Paris yang menerbitkan album sulungnya pada 2006, terkenal dengan lagu Stars Are Blind.

Penglibatannya dalam bidang muzik ketika itu menuai kritikan apabila dia dikatakan tidak berkebolehan dalam bidang nyanyian.

Menerusi album terbarunya kali ini, Paris melunaskan impian untuk bekerjasama dengan penyanyi berbakat, Sia yang bertanggungjawab sebagai penerbit eksekutif untuk album tersebut.

“Album ini simbolik dalam memperkasakan wanita. Disebabkan itu, tulang belakang penghasilannya membabitkan ramai wanita,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya