PETALING JAYA: Kuala Lumpur dipilih sebagai bandar raya paling mesra di Asia, menurut tinjauan di laman web pelancongan, Enjoy.travel.com.
Perkembangan itu dikongsikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam satu catatan di laman X sambil menyifatkannya sebagai satu lagi berita baik.
“Ini adalah bukti kejayaan kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa menekankan sifat manusiawi, hormat dan ihsan sebagai pedoman hidup warga kota,” tulisnya.-UTUSAN