KKM kesan satu kes positif Mpox

KKM kesan satu kes positif Mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya satu kes cacar monyet atau Mpox disahkan positif clade 1 daripada keseluruhan 58 kes wabak itu yang dirujuk kepada Kementerian Kesihatan sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pesakit tersebut merupakan seorang lelaki tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak, dan batuk pada 11 September manakala ruam mula muncul pada 12 September.

“Pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul, kini sedang dalam isolasi dan berada dalam keadaan yang stabil.

“Semua kontak bagi pesakit ini sedang dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Dr. Muhammad Radzi, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan Mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) buat kali kedua pada 14 Ogos berikutan penularan clade Ib, iaitu virus yang lebih pantas di Republik Demokratik Congo dan negara-negara jiran di rantau Afrika.

Namun kata beliau, semua 10 kes di Malaysia sejak 26 Julai 2023 sehingga kini adalah daripada clade Il sahaja.

“Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan Mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan pada 16 Ogos 2024. 

“CPRC Kebangsaan terus memantau situasi Mpox serta menyelaraskan langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon yang berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN