KKM aktifkan Bilik Gerakan Mpox

KKM aktifkan Bilik Gerakan Mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengaktifkan Bilik Gerakan Mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) bagi memantau situasi semasa virus itu.

Dalam satu perkongsian di Facebook, CPRC memaklumkan akan terus memantau dan menyelaraskan langkah-langkah kesiapsiagaan dan respons melibatkan virus Mpox.

“KKM melakukan tindakan kawalan Mpox dengan melakukan pengesanan awal kes, pengukuhan kapasiti makmal, pemantapan pengurusan kes, pengasingan dan pemantau kontak rapat,” jelas hantaran itu.

Media sebelum ini melaporkan, setakat ini hanya satu kes cacar monyet atau Mpox disahkan positif Clade 1 daripada keseluruhan 58 kes wabak itu yang dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dilaporkan berkata, pesakit tersebut merupakan seorang lelaki tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September lalu manakala ruam mula muncul pada 12 September.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini mengisytiharkan Mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) buat kali kedua pada 14 Ogos berikutan penularan Clade Ib, iaitu virus yang lebih pantas di Republik Demokratik Congo dan negara-negara jiran di rantau Afrika. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN