Kim Woo Bin pernah hidap kanser, diramal hidup enam bulan sahaja

Kim Woo Bin pernah hidap kanser, diramal hidup enam bulan sahaja

Kim Woo Bin
Kim Woo Bin pernah hidap kanser, diramal hidup enam bulan sahaja
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Kim Woo Bin, 35, mendedahkan pernah mengharungi fasa gelap dalam kehidupannya ketika bertarung dengan penyakit kanser Nasopharyngeal kira-kira tujuh tahun lalu.

Kata Woo Bin, pada ketika itu, doktor memberikan anggaran jangka hayatnya hanya tinggal enam bulan sahaja.

“Saya seorang yang positif dan sentiasa cuba untuk mencari kelebihan diri dalam apa juga keadaan.

“Ia umpama adegan dalam drama apabila doktor tiba-tiba memberitahu saya mungkin hanya ada enam bulan untuk hidup.

“Saya terkejut, takut dan berharap ia hanyalah mimpi tapi walaupun takut saya tidak pernah terfikir bagaimana sekiranya saya tidak dapat mengatasi masalah ini. Ia tak langsung terlintas dalam fikiran saya,” katanya.

Bintang Korea Selatan itu berkata demikian ketika mempromosikan filem terbarunya di saluran Youtube Zzanbro Shin Dong Yup baru-baru ini.

Selain itu, pelakon drama The Heirs ini turut meluahkan rasa syukur kerana ramai yang tampil memberi sokongan dan menjadikan sokongan itu sebagai kekuatan untuk melawan penyakit itu.

Kata Woo Bin, dia turut mengucapkan terima kasih buat semua yang selama ini tidak putus-putus mendoakan agar dia kembali pulih.

“Ramai yang mengenali memberikan doa dan sokongan kepada saya. Saya percaya dengan sokongan itu yang memberikan kekuatan buat saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang selama ini mendoakan untuk kesihatan saya.

Pada 2017, agensi Woo Bin mengesahkan pelakon itu menghidap kanser Nasopharyngeal iaitu sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak.

Bagaimanapun, Woo Bin bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke tempat lain dan disahkan bebas kanser pada 2019.

Perkembangan terkini, Woo Bin telah membintangi filem Officer Black Belt yang telah mula ditanyangkan menerusi saluran Netflix mulai 13 September lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN