Kia pilih Malaysia hab pusat latihan global pertama di Asia Pasifik

Kia pilih Malaysia hab pusat latihan global pertama di Asia Pasifik

KEVIN Ahn (dua, kiri) bersama Steven Sim pada majlis perasmian pusat latihan global KIA di Glenmarie, Shah Alam hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kia memilih Malaysia sebagai lokasi pusat latihan global pertamanya bagi rantau Asia Pasifik (APAC).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Asia Pasifik, Kevin Ahn berkata, pusat latihan itu yang turut berfungsi sebagai ibu pejabat serantau, menunjukkan keyakinan teguh Kia terhadap Malaysia sebagai hab penting di rantau APAC.

Menurutnya, pusat baharu itu bersedia untuk memimpin budaya inovasi dan perkhidmatan KIA di seluruh rantau APAC.

“Pusat ini turut dijadikan sebagai operasi jualan, malah turut menyediakan pengembangan kemahiran dan pengetahuan pelatih secara menyeluruh mengenai industri automotif yang kian membangun.

“Pembukaan pusat latihan ini sejajar dengan objektif Kumpulan,  memupuk budaya yang mementingkan kepentingan pelanggan,” katanya pada majlis perasmian pembukaan pusat latihan global itu oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, di sini, hari ini.

Tambahnya, dengan lokasi  Malaysia yang dilihat lebih strategik, akan membolehkan Kumpulan memenuhi keperluan industri.

Dalam pada itu, katanya, pusat latihan tersebut mewakili komitmen Syarikat untuk  penambahbaikan berterusan dan  memastikan Kumpulan dapat memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi melebihi jangkaan pelanggan.

“Pusat latihan terbaru ini menawarkan pelbagai kemudahan canggih, termasuk bilik darjah dengan persediaan paparan berteknologi tinggi untuk pengajaran secara teori, kemudahan bengkel yang lengkap untuk sesi praktikal, pusat sumber berkomputer dan alat khusus seperti peralatan diagnostik Kia. 

“Selain itu, model perdana Kia terkini termasuk EV6 dan EV9, dan model akan datang seperti EV5 dan EV3 juga tersedia untuk latihan praktikal,” ujar beliau dengan peserta tamat latihan akan diberi sijil yang disahkan oleh Kia.

Katanya, pusat latihan itu menyasarkan untuk melatih sehingga 3,000 pelatih dari 34 buah negara di rantau APAC.

Sementara itu, Steven Sim berkata, penubuhan pusat tersebut dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan industri automotif negara secara berterusan. 

Ujarnya, kemudahan  tercanggih di pusat tersebut boleh meningkatkan kepakaran dan inovasi dalam sektor automotif di kalangan generasi baharu.

“Saya juga berharap Kia turut mempertimbang untuk menawarkan gaji yang lebih setimpal apabila para peserta tamat latihan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN