Kesan pencemar mikroplastik dalam rantaian makanan kita

Kesan pencemar mikroplastik dalam rantaian makanan kita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kesan bahan pencemar seperti mikroplastik kepada manusia bukanlah sesuatu yang baru. Sebagai contoh, penggunaan plumbum (sejenis logam berat) sebagai bahan antIketukan enjin kereta hanya dikenal pasti sebagai satu kesilapan besar selepas hampir 60 tahun. Ini kerana bahan tersebut membawa kesan kesihatan yang memudaratkan kepada otak terutamanya bagi kanak-kanak.

Mikroplastik adalah plastik yang saiznya lebih kecil daripada lima milimeter.

Ia dikategorikan kepada sumber primer dan sekunder. Sumber primer adalah partikel-partikel yang direka bentuk untuk kegunaan komersial termasuk industri kosmetik, serat mikro daripada tekstil dan sebagainya. Sumber sekunder adalah serpihan daripada plastik-plastik besar seperti beg plastik atau botol air plastik dalam proses degradasinya.

Kesan mikroplastik kepada kesihatan manusia adalah sesuatu yang masih diperdebatkan. Akan tetapi, bahan-bahan plastik yang larut lesap dalam persekitaran tertentu telahpun dibuktikan akan memberikan kesan kepada sistem endokrin (hormon), kanser, ketoksikan dan sebagainya.

Larut lesap berlaku apabila bahan-bahan aktif dalam plastik mula lesap keluar dan memasuki sistem darah kita sama ada di dalam badan kita ataupun melalui sumber makanan dan minuman.

Kehadiran sumber sekunder mikroplastik seperti beg plastik atau botol plastik yang terdedah kepada sinar ultraviolet (UV) akan mempercepatkan proses degradasi plastik.

Walaupun bahan-bahan plastik ini mudah pecah kepada komponen kecil, ia bukanlah sumber makanan dan akan memburukkan lagi masalah mikroplastik.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah awal untuk mengenakan kawalan terhadap sumber primer mikroplastik. Di Malaysia, kita masih dalam langkah awal dengan penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji jenis-jenis bahan pencemar baru termasuk mikroplastik seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

Antara langkah-langkah yang kami sarankan kepada kerajaan adalah mewujudkan data asas supaya kita dapat ketahui situasi semasa dan bandingkan dengan model-model anggaran di negara lain untuk membantu pelaksanaan langkah-langkah pencegahan;

Awer juga kata beliau mahu supaya larangan atau pengharaman penggunaan mikroplastik dalam produk-produk kosmetik dan beg plastik mudah degradasi dengan kadar segera. Selain itu, kerajaan perlu memantau sumber-sumber makanan dan tahap pendedahan kepada mikroplastik dan kualiti air terawat untuk mengesan bahan-bahan mikroplastik terutamanya bagi loji-loji perawatan air di pertengahan sungai atau kawasan hiliran.

S. Piarapakaran ialah Presiden, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN