ISLAMABAD: Kes ketiga virus cacar monyet yang lebih dikenali sebagai mpox dikesan di Lapangan Terbang Peshawar, dengan seorang pesakit dihantar ke hospital.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan Awam Pakhtunkhwa, Dr. Irshad Ali Roghani yang turut melaporkan kemungkinan kes mpox di Lapangan Terbang Karachi.
Khamis lalu, petugas perubatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan mengenal pasti simptom virus mpox.
Individu itu kemudian dipindahkan ke hospital untuk menjalani rawatan.
Berdasarkan maklumat yang dilihat oleh Dawn.com, termasuk borang data penumpang yang disyaki, kedua-dua penumpang menaiki penerbangan sama dari Jeddah ke Peshawar.
Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan kes yang dikenal pasti melibatkan seorang warga emas berusia 51 tahun dari Orakzai yang kini berada dalam keadaan stabil dan menjalani rawatan.