Kes GISBH: Polis giat lengkapkan kertas siasatan - Utusan Malaysia

Kes GISBH: Polis giat lengkapkan kertas siasatan

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan lanjut berhubung Op Global membabitkan 20 rumah amal dikaitkan Global Ikhwan and Services Berhad Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk membabitkan beberapa video tular yang menunjukkan penderaan dialami kanak-kanak rumah amal terbabit. 

“Walaupun beberapa individu telah dituduh namun kita masih melengkapkan siasatan lain.

“Siasatan lanjut giat dijalankan pihak polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 740 rakaman percakapan telah direkodkan bagi siasatan membabitkan serbuan rumah amal GISBH. 

Razarudin dilaporkan berkata, ia membabitkan 30 adalah rakaman percakapan pengadu, saksi (216), mangsa (392) dan suspek (102).

“Jumlah kumulatif kertas siasatan yang telah dibuka bagi Fasa 1 dan 2 adalah sebanyak 33 kertas siasatan.

“Sebanyak 10 kertas siasatan dibuka pada Fasa 1 iaitu masing-masing enam di Selangor dan Negeri Sembilan (4), manakala Fasa 2 melibatkan 23 kertas siasatan iaitu 16 di Selangor, Negeri Sembilan (2), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya