Kes fitnah Senator: 4 individu telah dipanggil beri keterangan - polis

Kes fitnah Senator: 4 individu telah dipanggil beri keterangan – polis

HAMZAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis kini sedang melengkapkan siasatan berhubung satu kes fitnah melibatkan seorang Ahli Dewan Negara atau Senator di Pulau Pinang yang kononnya telah memaksa pengawal peribadinya yang beragama Islam untuk memakan daging khinzir.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, setakat ini, empat individu telah dipanggil untuk direkodkan keterangan mereka berhubung kes tersebut.

“Siasatan sedang berlangsung sekarang dan kita sedang lengkapkan siasatan tersebut.

“Kertas siasatan yang telah lengkap nanti akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketiak ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Hamzah memaklumkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kes fitnah melibatkan seorang Senator di Pulau Pinang.

Jelas beliau, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Senator berkenaan sendiri yang berusia 38 tahun sehari sebelum itu.

Kata Hamzah, Senator terbabit telah menafikan dakwaan tersebut, malah, pengawal peribadinya turut membuat laporan polis untuk menafikan tuduhan yang sama.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya