Kes Ebit Lew: Perbicaraan sambung semula 9 Disember

Kes Ebit Lew: Perbicaraan sambung semula 9 Disember

EBIT Lew diiringi oleh Ram Singh (tiga, kiri) dan barisan peguamnya semasa tiba di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew ,38, akan disambung pada 9 hingga 11 Disember depan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani turut menetapkan 14 hingga 17 Januari dan 4 hingga 7 Februari 2025 sebagai tarikh perbicaraan seterusnya.

Pada perbicaraan Disember, pihak pendakwaan akan memanggil seorang jurugambar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Kota Kinabalu dan dua pegawai Cybersecurity Malaysia.

Mahkamah turut membenarkan perbicaraan esok (6 September) dikosongkan setelah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju untuk mengosongkan tarikh tersebut.

Sebelum itu, peguam bela, Datuk Ram Singh memohon kepada mahkamah agar perbicaraan pada Khamis (esok) dikosongkan kerana beliau perlu mengendalikan perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi.

Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida dan Analia Kamaruddin manakala, Ebit diwakili peguam Ram, Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak dan Kamarudin Mohmad Chinki.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya