Kerjasama Pendidikan Anak-Anak Baling Terjamin

Kerjasama Pendidikan Anak-Anak Baling Terjamin

SEBAHAGIAN kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Baling, Kolej Komuniti Baling dan sekolah menengah bergambar kenangan sempena Majlis Kolaborasi Pendidikan Anak-Anak Baling Terjamin 2024 di Baling, Kedah baru-baru ini. – UTUSAN/ABD RAZAK OSMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS Kerjasama Pendidikan Anak-Anak Baling Terjamin 2024 melibatkan tiga buah sekolah menengah di daerah Baling berlangsung di Kolej Komuniti Baling (KKB) Baling, Kedah baru-baru ini.

Tiga buah sekolah bagi menjayakan projek rintis itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Abu Bakar, SMK Jerai dan SMK Kuala Pegang.

Inisiatif diambil oleh KKB itu bagi membantu meningkat kan peratusan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyambung pengajian masing-masing.

Melalui program itu, ia dapat mengeratkan hubungan baik antara pihak sekolah menengah tersebut dengan KKB dalam usaha menambah ilmu latihan kemahiran kepada pelajar. Turut hadir dalam majlis menandatangani nota kerjasama itu ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Pendidikan Daerah Baling, Mahdzir Karim; Timbalan Pengarah Pengurusan KKB, Zainab

Md Isa, Daud Kassim dari SMK Syed Abu Bakar, Sakinah Hamid dari SMK Kuala Pegang dan Cham Nan a/l Din San dari SMK Jerai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN