Kerangka rangka perundangan sesuai kembangkan aktiviti bantuan guaman

Kerangka rangka perundangan sesuai kembangkan aktiviti bantuan guaman

FADILLAH (duduk, empat dari kiri) selepas merasmikan Konvensyen Bantuan Guama Pelajar Undang-Undang 2024 di Asian International Arbitration Centre di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merangka perundangan yang sesuai dengan keperluan pada masa kini dan masa hadapan untuk mengembangkan aktiviti bantuan guaman.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya mendengar isu dibangkitkan pengamal undang-undang dan ia akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Diharapkan kita dapat kemudahan dan rangkakan perundangan yang sesuai dengan keperluan pada masa kini dan masa depan berhubung kait dengan bantuan guaman.

“Bagaimana perkembangan di United Kingdom (UK) yang telah dirangkumkan dalam perundangan dan itu satu perkara yang boleh dibawa untuk dibincangkan di peringkat kerajaan selain permohonan pengecualian cukai kepada mana-mana peguam yang memberi khidmat pro bono kepada pelanggan yang memerlukan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Bantuan Guama Pelajar Undang-Undang 2024 di Asian International Arbitration Centre di sini, hari ini.

Terdahulu, Fadillah berkata, bantuan guaman merupakan sesuatu yang perlu diperjuangkan supaya hak keseksamaan dalam perundangan diberi kepada setiap rakyat.

“Topik utama lebih kepada bagaimana Malaysia membangunkan dan memberi kesedaran tentang betapa pentingnya perkhidmatan bantuan guaman kepada negara kita dan bagaimana peranan peguam, kerajaan untuk kembangkan perkhidmatan bantuan guaman supaya tiada rakyat yang akan hilang hak dari segi perwakilan undangan apabila mereka dihadapkan ke mahkamah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya