Kerana kamu, kehidupan isteri dan anak-anaknya teraniya - Patimah Ismail - Utusan Malaysia

Kerana kamu, kehidupan isteri dan anak-anaknya teraniya – Patimah Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas memuat naik kenyataan berbaur sindiran di Instagram, semalam.

Menerusi hantaran tersebut, Patimah menyifatkan kepulangan anak sulungnya, Syamsul adalah berkat daripada doa mereka sekeluarga.

Meskipun tidak mendedahkan sebarang nama, perkongsian itu turut memberi bayangan bahawa individu tersebut telah menjadi punca hubungan Syamsul dan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana berantakan.

“Kepulangan anak saya ke pangkuan keluarga atas doa kami semua. Jangan letakkan kesalahan kepadanya, kerana kamu yang memulakannya hingga kehidupan isteri dan anak-anaknya terainaya,” katanya.

Sementara itu, Patimah juga sempat berpesan kepada individu tersebut untuk muhasabah diri di atas segala khilaf yang sudah dilakukan.

“Muhasabahlah diri dan keluarga kamu,” katanya lagi.

Bagaimanapun, perkongsian yang didakwa ditujukan kepada bekas menantunya, Ira Kazar itu sudah dipadam oleh Patimah.

Terdahulu, Patimah telah berkongsi momen indah apabila Syamsul akhirnya pulang ke pangkuannya bersama suami, Datuk Yusof Haslam.

Momen penyatuan keluarga yang sudah lama dinantikan itu turut disaksikan oleh Puteri Sarah yang hadir bersama anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Kepulangan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dilakukan setelah dia bercerai dengan isteri keduanya, Ira pada 5 September lalu.

Untuk info, Syamsul dan Ira telah berkahwin di Selatan Thailand pada Januari tahun lalu.

Rentetan itu, Puteri Sarah dan Syamsul telah mengakhiri perkahwinan mereka yang sudah dibina selama sembilan tahun itu dengan perceraian pada 14 Jun 2023. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya