Kerajaan tidak pernah bincang laksana GST - PM

Kerajaan tidak pernah bincang laksana GST – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alternatif kepada pemotongan subsidi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan tertumpu kepada strategi belanjawan dan cara untuk meningkatkan hasil kerajaan dalam usahanya untuk menangani isu kenaikan kos.

“Tiada yang khusus (mengenai GST) telah dibincangkan. Sesebuah negara tidak boleh ditadbir berdasarkan khabar angin,” katanya pada sidang media hari terakhir lawatan beliau ke Russia, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan mengenai laporan Bloomberg baru-baru ini yang melaporkan Malaysia sedang menimbang untuk melaksanakan semula cukai tersebut bagi menggantikan pemotongan subsidi untuk petrol yang biasa digunakan ketika kerajaan berusaha untuk meningkat kewangan.

Anwar kini berada di Russia sempena menyertai Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya