Kerajaan serius kawal inflasi, urus pertumbuhan ekonomi

Kerajaan serius kawal inflasi, urus pertumbuhan ekonomi

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kerajaan serius menguruskan ekonomi negara termasuk mengawal kadar inflasi yang kini mencatatkan dua peratus sejak Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ekonomi semasa negara mencatatkan pertumbuhan tinggi iaitu sebanyak 5.9 peratus.

“Inflasi terkawal, saya baru balik dari Vladivostok, Russia jumpa Presiden Putin (Presiden Russia, Vladimir Putin). Inflasi Malaysia dua peratus, ada beberapa bidang makanan tiga peratus, 3.5 peratus.

“Presiden Putin bila saya sebut tentang inflasi kita purata dua peratus dia (Putin) jawab, mereka kawal sekarang inflasi Rusia lapan peratus. Itu pun dia orang tepuk bangga kerana dapat kawal (inflasi) dari tinggi.

“Kita dua peratus pun (ada yang kata) tak guna,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024, Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK) dan Kempen Perangi Gula – War On Sugar di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan strategi dalam Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan bulan depan adalah bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat walaupun kos tersebut lebih rendah berbanding di negara jiran Thailand dan Indonesia.

Untuk rekod, Belanjawan 2025 adalah belanjawan ketiga yang dibentangkan oleh Anwar sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN