Kerajaan nafi zalim, sekat bicara isu 3R

Kerajaan nafi zalim, sekat bicara isu 3R

Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Sambutan Jubli Perak Hari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang berlansung di Sentral Kuala Lumpur di sini, hari ini. -UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan menafikan dakwaan kononnya bertindak zalim dan menyekat perbahasan berhubung soal 3R (raja, agama dan kaum).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesiapa pun diizinkan untuk membicarakan serta menyatakan ketidakpuasan hati mahupun bantahan berhubung aspek itu.

“Yang tidak diizinkan ialah hasutan (atau) anjakan ke arah keganasan akan menimbulkan pergaduhan antara kaum.

“Sebab apapun alasan dan kalau pun saya diserang media antarabangsa, saya tidak akan tolak ansur untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara ini,” katanya berucap merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Hari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ke-25 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sekiranya kecaman dibuat sehingga menjejaskan tonggak Perlembagaan negara ini, maka tentunya tindakan harus diambil.

Menurutnya, perkara itu juga disepakati dalam kalangan parti politik di negara ini.

“Tidak ada parti dalam negara kita yang mempertikai keperluan-keperluan kita untuk tidak menggugat sistem raja di negara kita,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN