Kerajaan Madani sokong penuh industri e-sukan - PM

Kerajaan Madani sokong penuh industri e-sukan – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Madani menyokong penuh pembangunan industri e-sukan yang terus berkembang pesat di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga menantikan kemunculan lebih banyak pasukan e-sukan yang mampu bersaing hebat serta meraih pengiktirafan dunia.

“Pagi tadi saya telah menerima kunjungan hormat daripada pasukan E-Sukan Selangor Red Giants, yang telah mencipta sejarah dengan menjuarai Kejohanan Mid-Season Cup Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 2024 di Esports World Cup yang berlangsung di Riyadh pada Julai lalu.

“Saya zahirkan ucapan tahniah atas usaha gigih pasukan hingga membuahkan kejayaan yang menjadi kebanggaan buat pasukan dan negeri Selangor, serta melambangkan potensi anak muda Malaysia di pentas e-sukan antarabangsa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru, Anwar berharap Malaysia dan Selangor Red Giants dapat melakar sejarah sekali lagi di Kejohanan Dunia MLBB M6 yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada akhir tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN