Keputusan permohonan universiti awam diketahui esok

Keputusan permohonan universiti awam diketahui esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan esok.

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan memaklumkan keputusan tersebut boleh disemak bermula pukul 12 tengah hari esok hingga pukul 5 petang pada 15 September 2024

“Keputusan permohonan adalah bagi lepasan STPM atau setaraf, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), matrikulasi, asasi dan diploma.

“Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 7 hingga 15 September 2024 di laman web UA masing-masing,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kementerian, keputusan berkenaan boleh disemak melalui pautan https:llipt.utm.my, https://jpt.uum.edu.my, https:/ljpt.unimas.my, https:llipt. ums.edu.my dan https:/lijpt.umt.edu.my.

Selain itu, pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai esok pukul 12.00 tengah hari hingga 15 September, 5.00 petang.

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN