Keprihatinan masyarakat India diteruskan dalam Belanjawan 2025

Keprihatinan masyarakat India diteruskan dalam Belanjawan 2025

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan meneruskan keprihatinan terhadap masyarakat India melalui Belanjawan 2025 yang akan diumum pada 18 Oktober depan melalui beberapa program khusus sepertimana yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebajikan masyarakat India tidak pernah dipinggirkan dan sentiasa ditambah baik dari segala aspek penting termasuk pendidikan, penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.

“Malah sebelum ini juga, kerajaan telah menyalurkan peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) selain menambah beberapa dana seperti bantuan sejumlah kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk masyarakat India.

“Moga taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini dapat terus dipertingkatkan di masa hadapan, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi.

Menurut Anwar, beliau telah menyampaikan amanat tersebut sewaktu pertemuan dengan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Media Masyarakat India sambil mengingatkan kepentingan untuk mengekalkan keharmonian antara semua kaum harus kekal terpelihara.

“Di kesempatan ini, saya mengumumkan bahawa sehingga kini sebanyak RM1.5 juta telah disalur untuk bakul makanan sempena perayaan Deepavali.

Manakala sebanyak RM20 juta pula disalurkan bagi pembinaan tempat pembakaran mayat atau krematorium di beberapa negeri melibatkan Kedah Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN