‘Kenyataan saya disalah erti’

‘Kenyataan saya disalah erti’

Teresa Kok
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden DAP, Teresa Kok mendakwa kenyataanya berhubung pensijilan halal disalah erti sehingga mendatangkan banyak salah faham dan menyebabkan beliau didakwa tidak memahami Islam serta menyokong pensijilan tersebut.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, beliau menyokong usaha kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan pensijilan halal dalam industri makanan dan minuman.

Kata beliau, standard yang diguna pakai oleh Jakim dalam pensijilan halal adalah antara paling tinggi di dunia.

“Saya mempromosi pensijilan halal Malaysia sejak 2008 bila memegang jawatan Exco Perdagangan, Industri dan Pelaburan di Selangor sehingga hari ini.

“Dalam banyak pertemuan dengan rombongan bisnes dan agensi kerajaan asing, salah satu agenda yang saya bangkitkan adalah meminta mereka mendapatkan pensijilan halal dari Malaysia sekiranya ingin mengeksport apa-apa makanan ke Malaysia atau negara-negara Islam yang lain,” katanya semalam.

Terdahulu, media melaporkan, polis akan mengambil keterangan daripada Teresa berhubung kenyataannya me­ngenai isu pensijilan halal yang dikatakan membebankan peniaga di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298 Kanun Ke­seksaan selain Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Teresa berkata, beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan me­ngutarakan masalah serta suara hati rakyat berbilang kaum.

“Itu sebabnya saya minta kerajaan mengkaji semula cadangan ini. Kenyataan saya tidak sama sekali bermaksud saya mempersoal pensijilan halal, peranan Jakim atau tidak menghormati agama Islam,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, dia mengambil maklum res­pons Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenyataannya sebelum ini.

“Tetapi ingin menjelaskan bahawa saya tidak dapat membangkitkan pandangan saya melalui saluran dalaman kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar membangkitkan cadangan ini melalui forum terbuka tanpa mengadakan libat-urus dengan wakil rakyat terlebih dahulu.

“Saya tidak mempunyai peluang untuk menyampaikan pandangan melalui saluran dalaman,” jelasnya.

Katanya, beliau akan memberi kerjasama penuh kepada polis yang memanggilnya untuk memberi keterangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN