Kenaikan gaji premium TVET perlu disokong jaminan kualiti latihan  - Utusan Malaysia

Kenaikan gaji premium TVET perlu disokong jaminan kualiti latihan 

SEGALA usaha yang dibangunkan untuk memantapkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) haruslah praktikal, relevan dan berimpak selain ia tidak gah sekadar kertas kerja konsep sahaja dan outputnya tersasar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penetapan gaji premium kepada lepasan bidang Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (TVET) perlu diperkuatkan dengan jaminan kualiti latihan daripada institusi TVET untuk industri.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir), Mohammad Rizan Hassan berkata, jaminan kualiti di Institusi Latihan TVET memainkan peranan penting bagi meningkatkan kemahiran pelatih. 

Menurutnya, ia bagi memastikan graduan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi dalam pasaran yang kompetitif pada hari ini.

“Majikan sentiasa mencari calon terlatih yang boleh menyumbang secara berkesan kepada organisasi mereka. 

“Graduan TVET boleh mendapat gaji premium kerana mereka memiliki kemahiran praktikal dan pengetahuan yang dituntut oleh industri,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu katanya, langkah-langkah jaminan kualiti  institusi TVET termasuk pembangunan kurikulum sejajar dengan keperluan industri.

“Langkah-langkah ini membantu memastikan graduan TVET bersedia untuk bekerja dan memenuhi piawaian industri, yang membawa kepada potensi pendapatan yang lebih tinggi.

“Dengan melabur dalam jaminan kualiti graduan TVET, kedua-dua pelajar dan majikan mendapat manfaat daripada situasi menang-menang di mana graduan diberi ganjaran gaji premium dan industri memperoleh  kemahiran profesional mahir,” ujarnya. 

Jelasnya, pelaksanaan gaji premium untuk graduan TVET  dapat menangani isu kekurangan kemahiran yang berlaku dalam pelbagai industri.

Malah katanya, inisiatif terbaharu kerajaan tersebut dapat menarik lebih ramai individu untuk mendaftar dalam program TVET dan membangunkan kecekapan yang diperlukan oleh majikan. 

“Di samping itu, gaji premium menyumbang kepada peningkatan keseluruhan kualiti pendidikan TVET, kerana ia berfungsi sebagai ganjaran ketara untuk pelajar dan institusi yang mengutamakan kecemerlangan dalam latihan.

“Tambahan pula, gaji premium untuk graduan TVET meningkatkan persepsi pekerjaan teknikal dan vokasional, menonjolkan nilai dan kepentingan pekerja mahir dalam pasaran kerja yang kompetitif masa kini,” katanya. 

Malah katanya, dengan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepakaran yang diperoleh melalui program TVET, majikan bukan sahaja menarik bakat terbaik tetapi juga menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran. 

Baru-baru ini, Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) bersetuju menetapkan gaji premium permulaan kepada lepasan bidang itu antara RM2,500 hingga RM4,000.

Ketetapan tersebut dibuat  bagi menarik untuk lebih ramai lepasan TVET untuk bekerja di sektor berkaitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya