Kena tambah baik peruntukan agensi berkaitan keusahawan - Johari Kena tambah baik peruntukan agensi berkaitan keusahawan - Johari

Kena tambah baik peruntukan agensi berkaitan keusahawan – Johari

KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER 2024 - Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa menyampaikan ucapan pada Program Pemerkasaan Wanita 2024 Parlimen Titiwangsa di Bangunan TLKB PPR Ampang Hilir di sini, hari ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menambah baik peruntukan kepada setiap agensi berkaitan keusahawanan bagi membantu peniaga yang ingin memulakan bisnes. 

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu penting bagi membolehkan  usahawan mengembangkan perniagaan, sekali gus dapat mewujudkan peluang pekerjaan. 

Menurut beliau, kejayaan para usahawan itu juga turut akan memberi nilai tambah terhadap kerajaan menerusi cukai keuntungan yang dibayar oleh syarikat-syarikat mereka. 

“Saya ingin pastikan, kerajaan jangan lupa di samping kita memberi pendidikan, elemen (keusahawan) ini sangat penting kita bagi tumpuan. Contohnya agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) khusus dalam bidang keusahawan spesisifik kepada peruntukan. 

“Walaupun kadangkala kejayaan hanya 30 peratus, tetapi ia boleh melahirkan banyak peluang pekerjaan, tidak semestinya berniaga ini 100 peratus berjaya, tetapi kita kena ada semangat untuk mengambil risiko.

“Kerajaan datang dan bantu, bila berjaya nanti dia sudah boleh mewujudkan peluang pekerjaan lagi, dia tidak perlukan kerajaan,  malah kerajaan juga akan mendapat manfaat apabila dia untung dan dia bayar cukai kepada kerajaan. 

“Ini konsepnya.. ada agensi seperti MARA untuk melatih usahawan dalam membasmi kemiskinan semua,” katanya selepas merasmikan Program Pemerkasaan Wanita parlimen Titiwangsa di sini, hari ini. 

Tahun lalu, kerajaan telah menyediakan peruntukan pembiayaan sebanyak RM100 juta bagi menyokong fungsi AIM yang berupaya membasmi kemiskinan.

Daripada peruntukan tersebut, Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz berkata,  pihaknya berjaya menyalurkan sebanyak RM2.6 bilion kepada 320,000 usahawan pada tahun lalu. 

Bagi Tekun Nasional pula, kerajaan telah memperuntukkan RM330 juta dalam Belanjawan 2024. 

Mengenai Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan  18 Oktober ini, Johari berkata, pihaknya telah mengemukakan laporan kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti, sama seperti kementerian-kementerian lain.

“Kita juga sudah nyatakan pandangan kita dan kita sentiasa tekankan kerajaan memperuntukan ruang untuk penanaman semula kelapa sawit sebab banyak pekebun kecil pokok sudah tua, sudah lebih 25 tahun buah pun tidak ada. Jadi, ia perlu buat penanaman semula supaya pendapatan mereka berterusan,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN