Kempen vaksinasi polio mula dilaksana di Gaza - Utusan Malaysia

Kempen vaksinasi polio mula dilaksana di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kempen vaksinasi polio mula dilaksanakan di Gaza selepas wilayah bergolak akibat peperangan itu merekodkan kes polio pertama dalam tempoh 25 tahun.

Pengarah Penjagaan Kesihatan Utama, Kementerian Kesihatan Gaza, Moussa Abed mengesahkan kempen vaksinasi polio di kawasan tengah giat dijalankan oleh pegawai kesihatan tempatan, sebilangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  

Khamis lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan Israel bersetuju mengadakan ‘jeda perang’ atas tujuan kemanusiaan selama tiga hari di Gaza bagi memudahkan proses vaksinasi.

Selepas kempen di kawasan tengah Gaza, vaksin dijangka diberikan kepada kanak-kanak di selatan, dan kemudian di utara Gaza, sejak Sabtu lalu.

Kementerian Kesihatan mengenal pasti 67 pusat vaksinasi yang kebanyakannya adalah di hospital, pusat kesihatan yang lebih kecil dan sekolah di tengah Gaza, 59 di selatan Gaza dan 33 di utara Gaza.

Kempen itu bertujuan menyediakan perlindungan kepada lebih 640,000 kanak-kanak berusia bawah 10 tahun, dengan setiap kanak-kanak akan menerima dua dos.

Timbalan Pengarah Agung WHO, Michael Ryan memberitahu Majlis Keselamatan PBB pada minggu ini, sebanyak 1.26 juta dos vaksin sudah dihantar ke Gaza.

“Lagi 400,000 vaksin jenis titis dalam mulut itu dijangka dihantar ke wilayah tersebut,” katanya. 

Kementerian Kesihatan Palestin yang berpangkalan di Ramallah menyatakan pada bulan ini seorang bayi berusia 10 bulan dari kawasan tengah Gaza disahkan mengalami polio ketika menjalani ujian di Jordan. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN