Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kekal SDR - Utusan Malaysia

Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kekal SDR

Nidza Afham
HUSSIEN Omar Khan menyampaikan hadiah kepada pemenang program Larian Marathon Selangor Police Integrity 2024 di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar tiada unsur jenayah dan masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau SDR.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan pihaknya tidak menemui sebarang elemen jenayah berkaitan kes penemuan mayat mangsa di sekitar Sungai Klang di sini, pada 14 Ogos lalu.

“Kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

“Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah,” katanya ketika ditemui pada program Larian Marathon Selangor Police Integrity 2024, hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan Allahyarham Nidza Afham, 23, hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Puteri, Klang untuk berjoging, kira-kira pukul 7.45 petang, 13 Ogos lalu.

Lokasi terakhir keberadaan lelaki yang memakai baju gelap itu dikatakan di Jambatan Kota susulan penemuan telefon bimbit dan dompet berisi dokumen mangsa.

Kehilangan peserta rancangan realiti Can See Your Voice 3 itu terungkai selepas mayatnya ditemukan di Sungai Klang iaitu satu kilometer dari jambatan berkenaan, kira-kira pukul 7.30 petang keesokan harinya.

Polis mengesahkan tiada dokumen atau barang kepunyaan arwah seperti didakwa malah ahli keluarganya tidak membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Siasatan kes kematian lelaki itu diklasifikasikan SDR susulan bedah siasat dijalankan Hospital Shah Alam (HSA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya