Kelas lakonan di Indonesia buka peluang berlakon filem - Utusan Malaysia

Kelas lakonan di Indonesia buka peluang berlakon filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syamim Freida, bersyukur kerana usahanya terbang ke Indonesia setiap minggu bagi menghadiri kelas lakonan di Jakarta membuahkan hasil.

Syamim atau Toh Puan Syamim Mohd. Farid, 33, dilamar sebuah produksi negara itu untuk membintangi naskhah filem bergenre romantik Islamik.

“Sejak awal tahun lalu, saya ulang alik ke sebuah sekolah lakonan di Indonesia setiap minggu.

“Selain berlakon saya juga ambil kelas bahasa Indonesia untuk menambah ilmu. Alang-alang sudah berada di sana saya juga pergi sesi ujibakat lakonan yang diadakan oleh beberapa produksi,” katanya.

Syamim ditemui pada sidang media pelancaran program Tiga Is3 di The Majapahit, baru-baru ini.

Naib juara program Dewi Remaja 2014/15 itu tidak menyangka bahawa lakonanya berjaya mencuri perhatian pihak produksi dan bakal menjalani penggambaran mulai bulan hadapan.

“Saya sudah lama impikan untuk buka jalan ke Indonesia. Itulah sebabnya saya ambil inisiatif sendiri.

“Ini kali pertama saya berlakon dengan produksi Indonesia. Cuma setakat ini saya belum boleh kongsikan lebih lanjut mengenai produksi dan naskhah itu.

“Alhamdulillah saya akan ke Indonesia untuk lakukan penggambaran selama tiga bulan,” kongsinya lagi.

Dalam perkembangan lain, Syamim bakal bergabung bersama Adriana Adnan dan Uyaina Arshad menerusi rancangan Tiga Is3 yang akan mengongsikan banyak kisah menarik terutama kisah rumah tangga dan kehidupan seharian dalam mendepani situasi semasa yang semakin mencabar.

Diterbitkan oleh FYP Media, Tiga Is3 akan mula ditayangkan mulai 22 September sempena Wife Appreciation Day yang disambut pada minggu ketiga bulan September.

Sebagai permulaan, tiga episod akan ditayangkan setiap hari Ahad, pada jam 5 petang menerusi YouTube FYP Media.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya