Kegiatan pelacuran atas talian digempur, 15 ditangkap

Kegiatan pelacuran atas talian digempur, 15 ditangkap

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menggempur sebuah premis yang menjalankan aktiviti pelacuran dalam Operasi Noda Khas KL, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 15 orang pelacur warga asing bersama empat orang ‘transporter’ ditangkap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Operasi Noda Khas sekitar Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Mohd. Razali Mohd. Idrus berkata, aktiviti persundalan itu boleh dibuat melalui tempahan atas talian dan pelanggan boleh memilih pelacur melalui laman web yang disediakan.

“Terdapat pelbagai pilihan pelacur daripada laman web yang disediakan dan kebanyakan pelacur daripada luar negara iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam.

“Harga-harga telah ditetapkan seperti RM400 untuk sejam, RM750 untuk empat jam, RM1,100 untuk tujuh jam dan RM1,700 untuk 11 jam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, setelah selesai menempah, pelacur dihantar oleh ‘transporter’ ke lokasi yang ditetapkan pelanggan di hotel sekitar Kuala Lumpur dan boleh juga ditempah untuk pelanggan yang mengadakan parti persendirian (private party).

“Kesemua 15 orang suspek ditangkap dalam empat premis berasingan iaitu di Hotel Smile Cheras, Regalia Residensi KL, Kepong Hotel dan Kingston Hotel.

“Tangkapan menemukan empat orang lelaki yang berkhidmat sebagai transporter dan 11 orang pelacur wanita warga asing berusia antara 21 dan 47 tahun,” katanya.

Jelas Mohd. Razali, dalam operasi bermula pukul 9 malam itu, polis turut merampas tiga buah kereta, tiga rangkai kunci, 16 buah telefon bimbit, sebuah buku nota, 45 keping kondom, tujuh botol minyak pelincir, tujuh helai tuala mandi, segulung tisu, sekeping kad akses dan wang tunai berjumlah RM1,351.

“Mereka ditahan atas kesalahan Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 372 (1) (f) Kanun Keseksaan, Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen dan Seksyen 55B Akta Imigresen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN