Kedudukan Malaysia meningkat, tangga ke-33 Laporan Indeks Inovasi Global 2024

Kedudukan Malaysia meningkat, capai tangga ke-33 Laporan Indeks Inovasi Global 2024

sektor teknologi Malaysia dijangka jadi tumpuan tahun depan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencapai kedudukan pada tangga ke-33 daripada 133 negara  dengan skor keseluruhan 40.5 dalam Laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2024.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), pencapaian tertinggi sejak 2016 itu adalah peningkatan ketara setelah tiga tahun berturut-turut menduduki tangga  ke-36.

Katanya, ia sekali gus menunjukkan komitmen berterusan Malaysia untuk terus menambah baik  ekosistem inovasi negara dan seterusnya meningkatkan daya saing di peringkat global.

“Malaysia kekal menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China  dalam kalangan 36 negara berpendapatan menengah berdasarkan Laporan GII 2024 itu.

“Bagi negara ASEAN pula, Malaysia kekal berada di tempat kedua selepas Singapura dan berjaya mengekalkan kedudukan pertama bagi tiga sub-indikator  iaitu Graduates In Science And Engineering, High-Tech Exports dan Creative Goods  Exports,” katanya hari ini.

Menurut MOSTI, ekosistem inovasi Malaysia turut diperkukuhkan dengan Kuala Lumpur menduduki  tangga ke-93 dalam Senarai 100 Terbaik Kluster Sains dan Teknologi yang turut  dilaporkan dalam Laporan berkenaan.

Katanya, kemasukan Kuala Lumpur dalam senarai itu adalah kali pertama sejak tahun 2016 sekali gus menjadi bukti peranan Malaysia yang semakin berkembang sebagai hab inovasi dan kemajuan  teknologi di rantau Asia Tenggara.

“Pencapaian ini bukti komitmen kerajaan amnya dan MOSTI khasnya untuk memperkukuhkan ekonomi negara berasaskan  kepada inovasi.

“Malaysia akan terus mempertingkatkan usaha untuk melabur dalam  modal insan dan infrastruktur teknologi bagi memastikan negara kekal kompetitif di  peringkat global,” katanya.

Dalam pada itu, MOSTI berkata, bagi memastikan Malaysia mencapai kedudukan 30 negara teratas dalam GII  menjelang 2025, MOSTI dengan kerjasama semua kerajaan negeri sedang  membangunkan Indeks Inovasi Malaysia yang akan dilancarkan tahun depan.

Katanya, inisiatif ini bertujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ekosistem inovasi di  setiap negeri, sekali gus membolehkan pelaksanaan intervensi bersesuaian ke  arah memperkukuhkan ekosistem inovasi negara.

“Inisiatif ini adalah selaras dengan iltizam Kerangka Dasar Malaysia Madani untuk  memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaya cipta dan menjadi negara  pengeluar teknologi menjelang tahun 2030,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya