Kedah terus catat peningkatan mangsa banjir - Utusan Malaysia

Kedah terus catat peningkatan mangsa banjir

SEORANG jemaah berbasikal ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuan Hussein yang turut dinaiki air di Titi Gajah, Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 494 orang lagi mangsa banjir di Kedah mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini, menjadikan jumlah terkini 7,179 orang yang dicatatkan setakat pukul 12 tengah malam.

Kota Setar terus menjadi daerah tertinggi apabila seramai 3,286 mangsa daripada 1,069 keluarga berlindung di 13 PPS yang diaktifkan sejak Selasa lalu.

Sebanyak 1,632 mangsa daripada 589 keluarga pula berada di 12 PPS yang dibuka di sekitar daerah Kubang Pasu, manakala 910 mangsa daripada 270 keluarga ditempatkan di lima PPS di Pokok Sena.

Sementara itu, jumlah mangsa di Pendang juga meningkat kepada 1,039 orang berbanding 806 yang direkodkan pada pagi ini, sementara 184 orang kekal berada di PPS sekitar Kuala Muda.

Dua lagi daerah yang terjejas banjir adalah Bandar Baharu yang mencatatkan 128 mangsa, manakala sebuah PPS di Kulim yang sebelum ini menempatkan 64 mangsa ditutup setelah banjir kawasan itu dilaporkan pulih setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya