Kecewa rumah dihempap pokok, aduan dipandang sepi

Kecewa rumah dihempap pokok, aduan dipandang sepi

AB. Kamal Ismail menunjukkan keadaan rumahnya yang rosak dalam kejadian pokok tumbang di Kampung Teluk, Bukit Katil, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sikap pihak berwajib yang didakwa lepas ta­ngan dalam menangani aduan risiko pokok tumbang nyaris menyebabkan 15 sekeluarga di Kampung Teluk Bukit Katil di sini menjadi mangsa.

Pemilik rumah, Ab. Kamal Ismail, 43, mendakwa, adik iparnya telah beberapa kali membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berhubung struktur pokok besar yang tidak lagi selamat.

Katanya, aduan itu bukan sahaja tidak dipandang serius malah tiada seorang pun yang turun padang menilai kebarangkalian risiko bahaya kepada kawasan sekitar.

“Setidaknya enam aduan te­lah dibuat kepada MPHTJ sejak setahun setengah lalu dan yang terbaharu minggu lepas setelah melihat pokok tersebut semakin condong.

Bagaimanapun, saya diminta bersabar dan me­nunggu giliran sekiranya mahu pokok dipotong.

“Saya kecewa kerana tiada tindakan setiap kali aduan dibuat sehinggalah rumah saya dihempap pokok semalam. Sikap tidak peduli itu menyebabkan rumah pusaka yang didiami lebih 40 tahun hampir musnah dan nyawa ahli keluarga saya hampir menjadi taruhan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini semalam.

Ab. Kamal bagaimanapun bersyukur kerana pokok tumbang tersebut hanya menghempap kawasan beranda rumah­nya.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi ketika dia bersama ahli keluarga yang lain sedang bersarapan di dapur.

“Tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman kuat, ingatkan berlaku kemalangan di hadapan rumah. Rupa-rupanya pokok besar telah menghempap kawasan beranda.

“Setiap kali hujan kami sekeluarga menjadi trauma dan bimbang kerana masih terdapat dua pokok besar di kiri dan kanan rumah yang menanti rebah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya