KUALA LUMPUR: Pelakon, Rozita Che Wan, 51, menyelar seorang individu yang menghina anaknya, Aisyah Dhia Rana dengan menggunakan kata-kata kesat dan biadab dalam media sosial.
Berang dengan pengguna Instagram (IG) itu, pelakon drama Kiah Pekasam itu bertindak mendedahkan akaun IG pelaku di Instastory.
“Kau tunggu sat (sekejap), bangsat,” tulis Rozita atau Che Ta.
Terdahulu netizen berkenaan mengeluarkan komen dangkal yang di hantar menerusi direct message (DM) di IG pelakon tersebut.
Individu terbabit dengan biadab mempersoalkan isu hantaran RM900,000 yang diselorohkan Rozita, selain menyamakan cara pemakaian Aisyah dengan pelacur.
“Anak kau pakai baju macam pelacur ada hati nak hantaran RM900,000.
“Sudahlah tak lawa macam maknya muka jawa,” tulis individu berkenaan.
Dalam masa yang sama, Rozita turut mengutuk sekeras-kerasnya sebuah portal hiburan tempatan yang melaporkan perkara tidak benar tentangnya.
Tajuk laporan itu antara lain mengatakan hantaran (perkahwinan) Aisya perlu ditetapkan pada kadar RM900,000 kerana hantaran ibunya dahulu adalah sekitar RM93,000.
“Kau patut letak video penuh aku, sekali dengan tajuk sampah kau ini. Buat timbul fitnah sahaja.
“Sat (sekejap), aku akan pastikan page kau akan hilang. Tunggu sekejap la***at,” tulisnya di Instagram.