PADANG BESAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri merampas dadah jenis syabu seberat 73.319 kilogram dianggarkan bernilai RM2.35 juta sewaktu pemeriksaan rutin di laluan import Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP), Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, pada Selasa lalu. Penemuan tersebut, hasil pemeriksaan pada pukul 8.15 pagi itu yang dilakukan terhadap sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Isuzu MU-X bernombor pendaftaran Thailand yang dipandu seorang lelaki warga Thailand berusia dalam lingkungan 20-an. Bagaimanapun, ketika pemeriksaan terhadap kenderaan itu, pemandu berkenaan mengambil kesempatan melarikan diri dipercayai ke arah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya