Kartel Perkeso: Tiga lagi termasuk dua pakar ortopedik  direman SPRM

Kartel Perkeso: Tiga lagi termasuk dua pakar ortopedik direman SPRM

TIGA lagi individu termasuk dua orang pakar ortopedik dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang hari ini susulan kes pemalsuan tuntutan Perkeso sekali gus menjadikan jumlah individu yang direman secara keseluruhan adalah seramai 36 orang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Tiga lagi individu iaitu dua pakar ortopedik dan seorang ejen direman empat hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang melibatkan jumlah kerugian bernilai RM2.1 juta.

Dua doktor pakar yang masing-masing berusia 43 dan 50 tahun serta ejen berusia 32 tahun itu tiba dengan van SPRM di Mahkamah Majistret George Town, di sini pada pukul 8.50 pagi dengan diiringi anggota agensi berkenaan.

Penahanan reman tiga lagi individu itu hari ini menjadikan secara keseluruhannya 36 individu dengan lima daripadanya adalah doktor pakar tulang telah ditahan berhubung kes kartel penipuan Perkeso itu ketika ini.

Difahamkan kedua-dua orang doktor pakar tulang yang direman hari ini itu bekerja di sebuah hospital kerajaan di Seberang Jaya.

Terdahulu, perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin di Mahkamah Majistret George Town, hari ini.

Dalam pada itu, menurut sumber, ketiga-tiga suspek ditahan dalam satu operasi yang dijalankan SPRM semalam dan tangkapan tersebut adalah susulan daripada kes yang sama iaitu memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso. 

“Modus operandi kartel ini juga sama iaitu dengan membuat tuntutan palsu melibatkan kecederaan pada bahagian tulang belakang dan ligamen anterior cruciate (ACL).

”Kesemua mereka juga bergiat aktif sejak 2017 sehingga pada tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kemungkinan akan ada lagi tangkapan membabitkan kartel  tuntutan Perkeso serta dokumen palsu dengan bantuan doktor yang bersekongkol.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya.

Semalam, 33 individu termasuk tiga  orang doktor pakar tulang ditahan reman antara sehari sehingga tiga hari bagi membantu siasatan kes kartel Perkeso itu.

Selain tiga doktor berkenaan, 30 individu terdiri daripada 19 pemohon tuntutan, lapan ejen serta tiga orang runner turut ditahan reman SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dipercayai menerusi kartel berkenaan, seorang doktor boleh mendapat mendapat imbuhan sehingga RM10,000 daripada seorang pemohon namun ia juga bergantung kepada jumlah tuntutan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya