Karnival bola sepak cungkil bakat

Karnival bola sepak cungkil bakat

PEMAIN pasukan yang menyertai Karnival Bolasepak Bawah16 Tahun Junior Merdeka Cup di Seri Iskandar di Perak tengah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN Highlander FC iaitu Sekolah Sukan Negeri (SSN) Perak muncul juara kategori Elite Karnival Bolasepak Bawah 16 Tahun Junior Merdeka Cup (JMC) 2024’ di Padang UiTM, Seri Iskandar di Perak tengah baru-baru ini.

Pusat Latihan Daerah (PLD) Ipoh, Harimau Biru A muncul naib juara kejohanan tersebut.

Kejohanan anjuran Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) itu disertai 24 buah pasukan terdiri daripada kelab, sekolah dan daerah dari seluruh Negeri Perak.

Karnival edisi kedua kali ini turut memperkenalkan beberapa kategori baru iaitu JMC Pro dan JMC Challenge.

Kategori JMC Pro dijuarai pasukan Gallant FC (Teluk Intan) manakala pasukan ABSAK A (Kampar-PLD) sebagai naib juara.

Pasukan Kinta Tigers (Ipoh-PLD) muncul juara Kategori JMC Challenge manakala pasukan Hilir FC (Teluk Intan) muncul naib juara kategori tersebut.

Penganjuran karnival itu sebagai sokongan PAFA dalam meraikan sambutan hari ulang tahun Kemerdekaan ke-67 dan Hari Malaysia.

JMC2024 menjadi titik permulaan kepada PAFA dalam merangka lebih banyak program dan aktiviti bolasepak di peringkat negeri Perak.

Presiden PAFA, Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin berkata, JMC2024 menjadi titik permulaan kepada banyak lagi program dan aktiviti bolasepak yang akan dianjurkan PAFA pada masa hadapan.

Turut hadir Timbalan Presiden PAFA, Datuk Sham Mat Sahat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN