Kandungan buku teks sekolah guna pakar

Kandungan buku teks sekolah guna pakar

Wong Kah Woh meninjau murid Sekolah Kebangsaan Rancangan Penempatan Semula Banun menjawab pada papan pintar semasa lawatan kerja di Gerik, Perak, hari ini. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Kandungan dan fakta dalam buku teks dan silibus pendidikan sekolah diteliti oleh pakar dalam bidang masing-masing bagi memastikannya tepat dan betul.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, buku teks serta silibus pendidikan sedia ada sekarang adalah hasil libat urus dan sesi bersama pakar subjek masing-masing.

“Bagi Kementerian Pendidikan (KPM), berkenaan subjek Sejarah atau mata pelajaran lain, apabila KPM menggariskan atau menentukan buku teks, silibus atau subjek, kementerian mempunyai panel pakar dalam bidang masing-masing.

“Ini untuk memastikan fakta atau subjek yang terkandung dalam buku teks atau silibus kita adalah mantap dan juga tepat,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun dekat sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita berhubung laporan media berkenaan pakar sejarah tidak berpuas hati dengan kandungan buku teks sejarah tempatan kerana mendakwa fakta tidak diubah meskipun terdapat rekod dan sumber membuktikan ia tidak tepat.

Perkara itu dibangkitkan dengan mengambil contoh Perjanjian Pangkor dan perang saudara di Perak pada zaman penjajah.

Kah Woh bagaimanapun berkata, KPM bersikap terbuka kepada mana-mana pihak untuk mengemukakan pandangan masing-masing.

Jelasnya, ini kerana kementerian sedang dalam proses libat urus bagi mendapatkan input bagi pelaksanaan kurikulum baharu untuk sekolah-sekolah pada 2027.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya