Kanak-kanak tiga tahun antara lima rentung dalam kebakaran

Kanak-kanak tiga tahun antara lima rentung dalam kebakaran

LIMA mangsa termasuk kanak-kanak tiga tahun ditemukan rentung dalam kebakaran di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto di Kota Kinabalu hari ini-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Lima mangsa termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun rentung dalam insiden kebakaran melibatkan tiga buah rumah yang berlaku di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, kesemua mangsa yang berusia antara tiga hingga 14 tahun dilaporkan terperangkap dalam rumah yang terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kebakaran itu pada pukul 12.47 tengah hari dan sepasukan 13 pegawai dan anggota bomba dari BBP Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pasukan BBP Lintas turut dibantu oleh 14 anggota dari BBP Kota Kinabalu serta enam anggota BBP Putatan.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, dilaporkan tiga rumah terlibat dalam kebakaran termasuk sebuah stor dan kedai runcit. Dua buah kenderaan turut terbakar sepenuhnya.

“Terdapat lima mangsa ditemukan rentung dan pasukan bomba sedang mendapatkan maklumat terperinci mengenai mangsa yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, operasi pemadaman terkawal pada pukul 1.29 petang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN